Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 September 2010

khaSiat PisANG....(1)




kali ni kunang2 nak share khasiat pisang plak. Mungkin ramai yg dah x pandang buah pisang, asik makan buah import je...

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


  

28 September 2010

kEPERcayaan...

Sejauh mane kepercayaan anda semua pada org yang baru anda kenal? 1 hari, 1 minggu 1 bulan....salah ke

kalau kite berkongsi kisah kite dengan org yang baru kite kenal? sekadar ingin berkongsi cerite..berkongsi

rase...mungkin bolehkan? kadang2 kite lupa yang kite baru mengenalinye, mungkin bila kite rase selesa

bersamanya, dengan tidak sengaja kite akan percaya 100% pada seseorang2....tapi awas...anda ttp harus

berhati2...jgn kepercayaan yang anda berikan dikhianati....

24 September 2010

paSPOrT

kelmarin bersamaan 220910, kunang2 gi pejabat imigresen port klang tuk wat

pasport...terkial2 gak la time tu...maklumla 1st

time...he3(sogan eden...).

masuk je opis dia terus tya kat pegawai tu:

kunang2: slmt pg cik

pegawai: slmt pagi...nak wat pasport ke?

kunang2: a'ah..camner prosesnye ye cik?

pegawai: k, cik isi form ni, amik gambar, fotostst ic dan bagi semuanya pada sy setlah smuanya lengkap.

kunang2: k, time kasih...

bila semuanya dah lengkap, kunang2 bagi form2 pd cik tu...

kunang2: smua dah lengkap cik.

pegawai: bagi sy ic, sy kepilkan skali ngan borang ni. cik naik tingkat ats dan ambil nombor giliran ye.

kunang2 pun naik la tingkat 1...nasib baik x ramai org lagi, kunang2 pun ambil no dan tunggu giliran. dalam 15 minit sampai la giliran kunang2...dah siap semuanya pasport akan siap dalam mase 1 jam...so sementara 2, kunang2 gi la breakfast dulu....kul 10.30 pasport pun siap...alhamdulillah...

time kasih kpd semua staf pejabat imigresen port klang...

20 September 2010

KERJAAAAAAAAAAAAAA..................

Hari nie dah mula keje.....bosannye...cam x ready lagi nak sambung keje....masuk opis dah berlambak kerje menanti.....tensionnye.....................maklumla 2 minggu cuti, dah puas enjoy, semangat nak keje tu cam kurang je, ada la dalam 30%...ha3...tapi pe2 pun kerje ttp kerje....kalau x camne nak dapat income kan? k kpd semua yang baru menyambung tugas ari ni di ucapkan selamat kembali bertugas....jalankan tanggungjwb anda sebaiknye....(cewah, cam la kunang2 ni bagus sgt....he3?

08 September 2010

sELAmAT Hari raYa....................



RayA.............

dikesempatan ni kunang2 nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN pada semua...semoga kita semua bergembira di syawal yang mulia ni...
pesanan dari kunang2:

*   kepada yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, diharap pandu berhati2...
*   berbelanja untuk meraikan syawal biar berpada2...(tp kunang2 pun cam over je.heh3)
*   bermaafanlah di hari lebaran...moga silaturrahim sesama kite tidak akan putus....

SELAMAT HARI RAYA....