Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 November 2011

hari ini hari lahir aku...


Assalamualikum semua...

hari ni bertambah usia aku...
terima kasih pada family ngan kawan2 yg wish besday aku rini..
mak ngn abah orng pertama yg wish..
time kasih pada opismate yg belanja makan dan belikan kek..
doakan aku ye semua...
aku harap aku terus tabah menjalani hidup ini..
moga Allah sentiasa bersama hambanya yang lemah ini..

28 November 2011

kemenangan berganda

assalamualaikum dan selamat malam semua..
rasa lama dh xwat n3.
bizi sesangat mengalahkan perdana menteri.huhu
semalam 26hb 11 aku ada game boling yg dianjurkan oleh Mahkamah Klang.
aku join ikut compny lama sbb diorg xcukup peserta, so aku pun join la.
kitorang cuma training skali je,itupun malam sebelum game.
tp yg bestnye team aku dapat naib johan...
dan yg membuatkan aku lg happy sesangat, aku dapat cabutan bertuah 1st prize tu..
dapatla radio...
leh la aku berdendang pasni.kihkihkih.
pe2 pun game smlm mmg best..
smua sporting...




16 November 2011

wordless wednesday #15


baju kurung vs jubah

assalamualaikum dan slmt tengahari semua...

korang semua dah luch ke?
aku lum lg..breakfast pun td kul 11.huhu

bagi korang yg bernama perempuan, selalunye pe yang korang suka pakai ye?
korang selesa berjubah ke berbaju kurung?
dengan badan aku yg chubby ni aku rase xsesuai je pakai jubah walaupun dalam ati ni meronta2 nak try pakai jubah..huahahaha
mungkin bagi yg berbadan slim tu ok la..
mesti terus padan.
aku lebih selesa pakai baju kurung je..selamat..;)

jubah dari mekah

baju kurung moden-firstlady

lg skali jubah dari mekah

pinjam google.suka jubah kaler ni...

ni kita baju kurung gak kan?
xtau la nak kata baju pe.huhu

14 November 2011

"CONTEST TEKA HARGA BURGER!!!"


jom ramai2 join contest ni.adiah lumayan tau.
sape nak join klik kat banner k.

aku rase harga buger ni rm 1.50 je...

aku nak tag 

waqheh
suhami ahmad
anamarza

12 November 2011

berkongsi bantal


ewah3x..sedap je kucing ni landing kat bantal tuan dia...
ni dah kes lebih2 ni...
mesti kucing ni berlagak diva ni.hahaha

11 November 2011

11.11.11- perjalanan hidup kita yang masih panjang


Assalamualaikum dan slmt tengahari semua.
hari ni 11.11.11, ramai yang teruja ngan tarikh ni kan?
aku pun xketinggalan gak, sengaja je letak kat tajuk n3 tu 11.11.11, padahal cam xde kene mengena je..he3

pagi2 lagi hari ni aku dah menitiskan air mata.
nak tau kenapa?
meh nak citer cikit.
esok jiran depan rumah aku kenduri kawin tp aku xleh gi.
so pg2 td, time nak gi keje aku pun singgah la rumah jiran aku tu, ziarah dan salam berisi(ada org panggil salam kukot).
borak2 jap aku kata la kat makcik ni " bestnye majlis nikah malam ni 11.11.11, sy je xsampai jodoh lg".
makcik tu pun kata kat aku, bykkan doa dan Allah maha mengetahui.
dia kata kahwin ni bukan senang dan tetiba dia tercerita kat aku, anak perempuan dia dua orng dah becerai.
aku btl2 terkejut sbb yg sorang tu kawan aku, sebaya ngan aku.
tetiba aku lak yg rase sedih terus kuar air mata, makcik tu pun sama, bergenang air matanye.
aku minta maaf sbb pg2 dah buat dia menangis.
sbb aku xsangka lak perkahwinan diorg jadi camni.
tp tu semua ketentuan Allah. mungkin mereka dah cuba sedaya upaya tuk menyelamatkan keadaan tp dah xmampu tuk mempertahankan mahligai yg dibina.

Allah jadikan sesuatu perkara tu berlaku pasti ada sebabnye.
yang belum kahwin, yang sedang bahgia mahupun yang sudah berpisah masing2 perlu bersyukur.
perlu terima segalanya dengan redha.
hidup kita perlu diteruskan.
masih banyak lagi perkara dihadapan kita yg perlu kita lalui.
semua org berhak bahagia.
kita yang cipta bahagia dan kita juga yang cipta kesedihan.
pilihan ditangan kita.

10 November 2011

Mimpi yang tak sudah..( cam tajuk lagu plak.hehehe)


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua..
mesti ramai yang nak kuar lunch kan time ni.
aku rase rini nak tapaw mee goreng je lah.

beberapa hari ni aku tido asik mimpi je.
mimpi aku mesti berkaitan dengan air.

sekali tu aku mimpi aku ada kat tengah laut, cam kat ats rumah rakit.
tetiba aku jatuh dan hampir lemas tp kemudian aku leh naik ke atas semula selepas bersusah payah cuba tuk naik+mak aku yang tolong.

pastu aku ada mimpi lg aku berada kat kawasan lapang, time tu hujan. habis aku basah kuyup. lepas tu aku dapat tempat berteduh, tempat tu plak kecik dan sempit je, time ni abah aku yg tolong.
pastu tetibe je aku ada balik kt luar dok kt tengah2 hujan tu.

apsal aku mimpi camtu ek? dan dalam mimpi2 aku ni mesti mak abah aku ada dan suasananye mesti berlatar belakangkan alam, ada bukit, tanah yang lapang dan ada laut.

09 November 2011

Denting...

 
 
Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
Sadarkan diriku dari lamunan panjang
'Kan kurasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga

Sayang, kau di mana
Aku ingin bersama
'Kan kuputus semua untuk tapiskan rindu
Mungkinkah kau di sana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini

Rintik gerimis mengundang
Kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi kurasa hatiku
Saat ini oh sayangku
Jika kau di sini
Aku tenang

wordless wednesday #14

07 November 2011

apa yang ada kat belakang rumah mak abah

assalamualaikum semua...selamat pagi..
segar je pepagi ni, pagi2 dah start hujan.
aku masih kat kg, masih cuti lagi.
esok baru masuk keje..malasnye nak keje..huhu

2 3 ari kat kg sempat la tengok pe la yang mak ngan abah tanam kat belakang rumah ni.
macam2 ada, rajin betul mak.
cili, peria, serai,kunyit..macam2 lah ada.
so kalau nak masak pe, petik je.rasa nak makan ulam, amik je blkg rumah.
xmacam kite kat bandar, cikit2 kene beli..

cili, geram tengok yg merah2 ni.

pokok kunyit

serai

tengok peria ni, comel kan?

ni plak daun cekur

ni pokok betik, tengok la ada bunyanye tu..leh wat ulam.

daun kesom, mak tanam dalam pasu je.

06 November 2011

apam oh apam

Assalamualaikum dan selamat malam semua..
camne raya hari ni, ok ke?
mesti korang dapat banyakkan daging korban.

nak citer sikit aktiviti aku hujung minggu lepas.
aku dok sorang je kat rumah tetibe je terasa nak try wat apam.
1st time try, sblum ni xpenah wat pun.
hasilnye boleh la tahan..
rupe ada tp rase kureng cikit..huhu
ada yg xmau kembang.padahal satu adunan.
aku pun pelik gak.
xtau mane silapnye...
apam tu cam xringan je...
kepada yang pro wat apam ni leh bagi komen kot.

ni aku wat warna hijau

 kuning ngan hijau
ni la rupa bahagian dalam apam tu...


hahaha..yg kaler merah tu aku xtau nape xmau kembang..

05 November 2011

selamat hari raya korban


kepada semua aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
kepada yg dalam perjalanan pulang ke kampung, semoga selamat sampai kedestinasi.
semoga ibadah korban yang kite lakukan mendapat keberkatan.amin...

kene tag dan kene mengetag

Aku telah ditag oleh WAQHEH dalam belog dia, dan macam biaselah kena menjawab soalan. however, sebelum jawab soalan, macam biasalah jugak, kenalah ikut peraturan2 yang telah ditetapkan ituh.. so, cara main dia camni; ok, here we go..
pertama kali main camni wey..

rules:
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post . And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOUARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY , TRUST, WITH ALL HONESTY) HAVE TO TAG 11 PEOPLE.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
sebelas perkara mengenai KunangKunang

1. aku ni chubby
2. suka makan nasi, sbb tu chubby kot.hahaha
3. kurang sabar dengan karenah budak tp boleh sabar dengan angka (aku kerja bahagian akaun,slagi ada yg slah aku akan cari sampai jumpa )
4. aku anak pertama(sulong), so aku rasa aku macam raja...hahaha
5. suka tengok wayang cerita kelakar dan seram
6. suka dengan laut
7. suka ketawa dan suka wat org happy
8. kadang2 habiskan duit pada benda xperlu
9. suka nyanyi
10.suka pada lelaki yang tinggi (aku single lg so xpe kalau nak brangan pun kan?) he3 
11. aku syg sgt kat family aku sbb diorg je yg slalu support aku

#####################################
ni plak soalan waqheh yg aku kene jawab


1. pelakon yg paling bosan kat m'sia ni aku bagi aku nasir bilal khan.
2.5 bahasa dunia yg aku nkkuasai slain b.melayu ngan ingeris ialah b.arab, b.cina, b. urdu, b.tamil,b. perancis.
3. tuk bulan madu aku tringin sgt nk gi australia sbb kt sana cam best je...
4. liyana jasmy
5.aku updet fb cam budak br nak blajar jln.hahaha
6. seminggu aku sms berjuta2 perkataan rasenye.xterkira la..
7.beras jati
8. 25 rasul
9. mungkar dan nangkir tu malaikat. xingat la bila last aku wat solat dhuha.
10.kalau dapt 3 juta pun aku xkan berenti keje sbb duit akan cpt abis...
11. mane la aku tau bila aku akan mati..dah sampai ajal, tamatla riwayat aku ni.


######################################
pastu aku kene tag 11 org dan 11 orng ni kene jawab soalan aku nnt.

11. cik moon adnan


###################################
ni soalan aku..sape yg di tag tu pandai2 la fikirkan jawapannye ye..


1. apa surah yg selalu korang baca dalam sembahyang.?


2. antara mc'd dan kfc, yg mana korang paling suka, kenapa?


3. huruf jawi ada brp huruf semuanye?


4. brp bijik handphone yg korang dah penah pakai?


5. siapa perdana menteri malaysia yg ke 2?


6. cerita hantu apa yang korang penah tengok yang paling seram?


7. apa jenis kereta idaman korang?


8. apa yang korang suka buat kalau waktu cuti?


9. kuih tradisional pe yang korang paling taksuka?


10. lelaki atau perempuan idaman korang?


11. pe komen korang pasal blog aku? (puji boleh, kutuk pun xpe) 


##########################


sekian, kpda yg di tag harap sudi jwb soalan2 di atas ye.
terima kasih pada waqheh kerana sudi tag aku dan wat aku sedikit sakit kepala.hehehe.pe2 pun enjoy....:)





03 November 2011

''My View My World Contest''



assalamualaikum semua..kali ni nak join contest cik adik manis ni.sape nak join klik kat banner atas tu ye.




dua keping gambar ni jadi pertaruhan aku..
sawah padi sedang menghijau.
tengok gambar no 2 tu.
sekawanan burung sedang bersantai.