Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 October 2010

mAAFKAN aku anDAI aku berSALAH

manusia xlari dari melakukan kesilapan, manusia seperti kunang2 xkan dapat memuaskan hati semua org. pe yang kita fikir, yang kita mahu ... xkan sama dgn fikiran dan kehendak org lain. andai kite ingin memiliki sesuatu yang tidak mungkin menjadi milik kite, mengapa kite perlu menghalang org lain dari memilikinya? mengapa tidak kita lapangkan dada,redha dengan takdir, sesungguhnya tidak semua apa yang kite mahu kita akan dapat. kite perlu belajar untuk menerima kenyataan ... mungkin ada yg tersirat disebaliknya, mungkin ada sesuatu yg lebih baik untuk kita ... yg lebih berhak kita miliki ...xperlu berdendam dan saling menyakiti ...

  • kadang kala kita perlu lepaskan sesuatu yg paling kita sayang ......

12 October 2010

TiTi hAYun, Yan kEDah dARUL aMAN

021010 bersamaan hari sabtu, kunang2 ngan family gi jalan2 ke kedah...amik adik di UITM merbok, sg petani. Pas2 kami pun terus gi jalan2...menginap di D'YAN CHALET, titi hayun.Jom layan beberapa gambar yg sempat kunang2 ambil.



















KENANGAN DI YAN KEDAH OKTOBER 2010












30 September 2010

khaSiat PisANG....(1)




kali ni kunang2 nak share khasiat pisang plak. Mungkin ramai yg dah x pandang buah pisang, asik makan buah import je...

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


  

28 September 2010

kEPERcayaan...

Sejauh mane kepercayaan anda semua pada org yang baru anda kenal? 1 hari, 1 minggu 1 bulan....salah ke

kalau kite berkongsi kisah kite dengan org yang baru kite kenal? sekadar ingin berkongsi cerite..berkongsi

rase...mungkin bolehkan? kadang2 kite lupa yang kite baru mengenalinye, mungkin bila kite rase selesa

bersamanya, dengan tidak sengaja kite akan percaya 100% pada seseorang2....tapi awas...anda ttp harus

berhati2...jgn kepercayaan yang anda berikan dikhianati....

24 September 2010

paSPOrT

kelmarin bersamaan 220910, kunang2 gi pejabat imigresen port klang tuk wat

pasport...terkial2 gak la time tu...maklumla 1st

time...he3(sogan eden...).

masuk je opis dia terus tya kat pegawai tu:

kunang2: slmt pg cik

pegawai: slmt pagi...nak wat pasport ke?

kunang2: a'ah..camner prosesnye ye cik?

pegawai: k, cik isi form ni, amik gambar, fotostst ic dan bagi semuanya pada sy setlah smuanya lengkap.

kunang2: k, time kasih...

bila semuanya dah lengkap, kunang2 bagi form2 pd cik tu...

kunang2: smua dah lengkap cik.

pegawai: bagi sy ic, sy kepilkan skali ngan borang ni. cik naik tingkat ats dan ambil nombor giliran ye.

kunang2 pun naik la tingkat 1...nasib baik x ramai org lagi, kunang2 pun ambil no dan tunggu giliran. dalam 15 minit sampai la giliran kunang2...dah siap semuanya pasport akan siap dalam mase 1 jam...so sementara 2, kunang2 gi la breakfast dulu....kul 10.30 pasport pun siap...alhamdulillah...

time kasih kpd semua staf pejabat imigresen port klang...

20 September 2010

KERJAAAAAAAAAAAAAA..................

Hari nie dah mula keje.....bosannye...cam x ready lagi nak sambung keje....masuk opis dah berlambak kerje menanti.....tensionnye.....................maklumla 2 minggu cuti, dah puas enjoy, semangat nak keje tu cam kurang je, ada la dalam 30%...ha3...tapi pe2 pun kerje ttp kerje....kalau x camne nak dapat income kan? k kpd semua yang baru menyambung tugas ari ni di ucapkan selamat kembali bertugas....jalankan tanggungjwb anda sebaiknye....(cewah, cam la kunang2 ni bagus sgt....he3?

08 September 2010

sELAmAT Hari raYa....................



RayA.............

dikesempatan ni kunang2 nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN pada semua...semoga kita semua bergembira di syawal yang mulia ni...
pesanan dari kunang2:

*   kepada yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, diharap pandu berhati2...
*   berbelanja untuk meraikan syawal biar berpada2...(tp kunang2 pun cam over je.heh3)
*   bermaafanlah di hari lebaran...moga silaturrahim sesama kite tidak akan putus....

SELAMAT HARI RAYA....

24 August 2010

meMERHATI yang TERsAYANG tiDO...

Pernahkah anda menatap orang - orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau belum , cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang .
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya .
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur . Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah , betapa rambut - rambut putih mulai menghiasi kepalanya , betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya . Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak - anaknya . Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar .
Sekarang, beralihlah . ... Lihatlah ibu anda .... Hmm ... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai - belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita . Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita . Inilah orang-orang yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata - mata kerana rasa kasih dan sayang , dan sayangnya , itu sering kita salah ertikan .
Cubalah menatap wajah orang - orang yang kita cintai .. sayangi itu ... Ayah , Ibu , Suami , Isteri , Kakak , Adik , Anak , Sahabat , Semuanya ...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya . Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan - lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu . Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda . Pengorbanan yang kadang - kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah - wajah jujur mereka saat sedang tidur . Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan . Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya . Tanpa kata , tanpa suara dia berkata ... " betapa lelahnya .. penatnya aku hari ini " . Dan penyebab lelah dan penat itu ? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA .....
Suami yang bekerja keras mencari nafkah , isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak , juga rumah . Kakak , adik , anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.Resapilah kenangan - kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah - wajah mereka . Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka " orang - orang terkasih itu " tak lagi membuka matanya , untuk selamanya ... "

21 August 2010

baZaAAR......

ptg tg gi bazar jap kt kg...ada la snap 2 3 gambar. lokasi bazar dah dipindahkan ke tempat baru...kunang2 rase tempat baru ni cam tak strategik je...tak meriah cam dulu sbb jauh dari pekan...pusing punya pusing jumpe la 1 kuih yg kunang2 tak penah tengok..kuih lidah buaya....

ni la kuih lidah buaya...


mcm2 ada


lauk pauk



beli pe 2?he2

20 August 2010

buka PUase kT kamPUNg

yea........abis je keje ptg ni terus balik kg...so leh la buka pose ngan mak dan abah....

mak msg tadi, menu berbuka ari ni ialah karipap, kuih lapis dan ayam masak merah...

aku dah dapat bayangkan camne rupe makanan2 tu...he3

kuih lapis yang mmg berlapis2...


karipap..yummy2



ayam mask merah...wow..


19 August 2010

RaJin2lh BERSedeKah




Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi anda kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.
Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. "Ini hobi bro, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas..."

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, handphone baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.
 Bukan tidak boleh bermewah, boleh... tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup meng- habiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak-anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebih baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniagaan maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma, lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas dan jangan mengungkit. Dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula, itu adalah lebih baik.

"Ambillah bahagian dari harta mereka menjadi sedekah atau zakat, supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Dan berdoalah kepada mereka, sesungguhnya doamu itu penenang bagi mereka, dan Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui."

(Al-Taubah (9): 103)

"Perbandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah (berzakat/sedekah) seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula menghasilkan seratus biji benih (buah). Dan Allah akan melipatgandakan kekayaan bagi barangsiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah itu Maha Kekayaan-Nya dan lagi amat mengetahui."

(Al-Baqarah (2): 261)


















sAAt2 tERinDah

Saat kau hadir dalam hidupku

Terasa Indah

Hanya Bayangmu Menyentuh Jiwa

Temani Sepi

Kini Semua Cinta mu t’lah pergi

Meninggalkan diriku

Dalam Kehampaan

Sendiri…

Waktu terus berjalan dan memberi perih di hati

Hanya rindu yang aku dapati bukan cintamu

Kini baru aku menyadari

Kau begitu berarti di dalam hidupku ini…



*Saat - saat yang indah

Saat masih bersamamu

Waktu kita berdua

Dan mewarnai dunia

Semua yang telah berlalu

Kini teringat lagi

Kini terkenang lagi

Ku ingin kembali…3x

Hanya rindu yang aku dapatkan bukan cinta mu

Meski kini kau tak mencintai dirku lagi

Kini baru aku menyadari kau begitu berarti

Di dalam hidupku ini…


* hargailah sesuatu yg masih menjadi milik kite kerana andaikata suatu hari nanti ia bukan milik kite lagi, pasti kite akan merinduinye....

18 August 2010

KeK cokLAT kuKUS

kali ni nak kongsi resepi kek coklat kukus, senang, mudah dan sedap sgt2....pada yang minat wat kek leh la try ye....


BAHAN2


4 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu serbuk penaik
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas


CARA2NYA


Campurkan semua bahan kecuali air panas, kacau hingga sebati. bila adunan dah nampak sebati baru masukkan air panas dan kacau lagi....pastu leh la masukkan dalam loyang dan kukus selama kira2 45 minit..


mudahkan? k kat bawah ni kek yg kunang2 wat. slamt mencuba...



17 August 2010

cuti2 Malaysia...PANGKOR- 23-250710

sebenarnye kunang2 gi pangkor ni ujung bulan lepas....gi sana ngan member kunang2 yang dtg dari jauh nun di pantai tumur...kunang2 nak share citer sepanjang 3 ari percutian tu, mmg best sgt2...maklumla nama pun cuti..so..xyah la keje...kite enjoy...he3..(wlupun time tu br baik dari demam)

23hb7 kunang2 naik bas dari klang sentral ke lumut jam 9.30 pg. Sampai Lumut area kul 1.30..pastu terus amik tiket feri gi balik cuma RM10..murahkan? kunang2 cepat2 masuk dalam feri2 sbb tkt nanti x dapat port yg best, maklumla mase tu ramai sgt manusia...budak2 sekolah pun ramai sampai ada yg ingatkan kunang2 ni cikgu sekolah..he3..(ada rupe cikgu ke?) feri gerak kul 2.30. mmg best dapat tengak pemandangan dari tengah laut..ni la pengalamn pertama kunang2 naik feri. Sampai jeti pangkor kul 3.00, pastu terus amik van yg warna pink tuk gi ke chalet..kunang2 menginap di chalet SURIA BEACH RESORT. jumaat rm110, sabtu plak rm130..kunang2 rehat jap, pas asar baru kunang2 ngan member turun mandi kat pandai sampai la senje...malam tu kuar makan, kat pangkor ni senang nak cari makan,sedap plak tu.pas makan ronda jap, balik bilik terus zzzzzz....


24hb7 kunang2 awal pagi lagi dah bangun sbb xctd nak gi snokling..sampai kat tempat yang dituju kunag2 plak cam tkt2 je...member kunang2 lagi slamber badak je gi nyelam tengok anak2 ikan. sempat la snap gambar dengan gamat..besar tapi lembek..gelinyeeeeee...pas snokling kunang2 gi makan,dah kenyang kunang2 kuar gi pekan beli barang2 makanan tuk bawa balik...ptg gi mandi lg...malam kuar makan pastu beli ckt cendraati...

25hb7 kunang2 bangun lewat pagi ni sbb xde pe nak buat ...cuma kemas brg ckt2...(ckt ke, mknn aje dah 1 bag besar..). kul 11 kunang2  ngan member pun chkout..naik van pink lagi tuk gi ke jeti pangkor. sempat lagi curi mase tuk beli barang tkt xcukup.he3..pastu terus naik feri ke jeti lumut..sampai lumut, kunang2 gi makan dulu sbb perut ni dah bergendang2..naik bas ke klang kul 2...kul 6.30 sampai la klang...tamatla percutian kunang2 slama 3 hari 2 mlm...