19 August 2010
RaJin2lh BERSedeKah
Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi anda kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.
Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?
Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.
Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. "Ini hobi bro, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas..."
Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, handphone baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.
Bukan tidak boleh bermewah, boleh... tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup meng- habiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak-anak yatim?
Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebih baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniagaan maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.
Tak perlu tunggu nanti untuk menderma, lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas dan jangan mengungkit. Dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula, itu adalah lebih baik.
"Ambillah bahagian dari harta mereka menjadi sedekah atau zakat, supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Dan berdoalah kepada mereka, sesungguhnya doamu itu penenang bagi mereka, dan Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui."
(Al-Taubah (9): 103)
"Perbandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah (berzakat/sedekah) seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula menghasilkan seratus biji benih (buah). Dan Allah akan melipatgandakan kekayaan bagi barangsiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah itu Maha Kekayaan-Nya dan lagi amat mengetahui."
(Al-Baqarah (2): 261)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam..
salam ramadhan..buat pemilik blog ni...mohon izin follow
Post a Comment