Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 October 2010

mAAFKAN aku anDAI aku berSALAH

manusia xlari dari melakukan kesilapan, manusia seperti kunang2 xkan dapat memuaskan hati semua org. pe yang kita fikir, yang kita mahu ... xkan sama dgn fikiran dan kehendak org lain. andai kite ingin memiliki sesuatu yang tidak mungkin menjadi milik kite, mengapa kite perlu menghalang org lain dari memilikinya? mengapa tidak kita lapangkan dada,redha dengan takdir, sesungguhnya tidak semua apa yang kite mahu kita akan dapat. kite perlu belajar untuk menerima kenyataan ... mungkin ada yg tersirat disebaliknya, mungkin ada sesuatu yg lebih baik untuk kita ... yg lebih berhak kita miliki ...xperlu berdendam dan saling menyakiti ...

  • kadang kala kita perlu lepaskan sesuatu yg paling kita sayang ......

12 October 2010

TiTi hAYun, Yan kEDah dARUL aMAN

021010 bersamaan hari sabtu, kunang2 ngan family gi jalan2 ke kedah...amik adik di UITM merbok, sg petani. Pas2 kami pun terus gi jalan2...menginap di D'YAN CHALET, titi hayun.Jom layan beberapa gambar yg sempat kunang2 ambil.



















KENANGAN DI YAN KEDAH OKTOBER 2010












30 September 2010

khaSiat PisANG....(1)




kali ni kunang2 nak share khasiat pisang plak. Mungkin ramai yg dah x pandang buah pisang, asik makan buah import je...

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


  

28 September 2010

kEPERcayaan...

Sejauh mane kepercayaan anda semua pada org yang baru anda kenal? 1 hari, 1 minggu 1 bulan....salah ke

kalau kite berkongsi kisah kite dengan org yang baru kite kenal? sekadar ingin berkongsi cerite..berkongsi

rase...mungkin bolehkan? kadang2 kite lupa yang kite baru mengenalinye, mungkin bila kite rase selesa

bersamanya, dengan tidak sengaja kite akan percaya 100% pada seseorang2....tapi awas...anda ttp harus

berhati2...jgn kepercayaan yang anda berikan dikhianati....