Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 September 2011

dinner

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

cam lama dah x hapdet n3 blog ni...
asik bz je memanjang,
bukan bz ngan keje pun, xtau la nape rase bz je. ke aku yg wat2 bz.he3
jumaat malam ni ada Anniversary Dinner company aku.
cuba korang baca keratan email yg company aku bg ni.

"Theme : Through The Years
Dress Code : Attire from any era from 70s, 80s, 90s or contemporary / modern
There will be best dress awards...something that many of us will be looking forward to"

sampai skrg ni aku xtau lg nak pakai baju camne...
tolong la aku wei...
sbb aku asik terbaca ayat yang bawah tu je( best dress awards).he3

pakai camni?xsanggup aku..


camni lg la..huhu


ini kah?

23 September 2011

3 in 1 (tauhu sumbat+gado2+landing di bilik air....huhu)

Assalamualaikum dan slmt pagi semua..
bersyukur kita masih dapat lagi menghirup udara nyaman hari ni.
hari tu kan aku ada wat n3 ww pasal tauhu sumbat.
time tu amik gambar google je..
balik je keje ritu terus gi pasar dan beli barang2 tuk wat tauhu sumbat ni.
mane leh tahan tengok gambar je..he3.


sosnye aku pakai sos kimball je..nak wat sendiri malas.he3

posisi baring.huhu

semalam plak balik keje xtau nak makan pe.
buka peti sejuk tengok ada lg barang2 balance wt tauhu sumbat tu.
pe lg aku pun terus la potong benda tu semua, tauhu,carrot,timun. tauge aku rebus jap.
korang rase aku nak wat pe ngan benda ni?
xknla aku nak ratah gitu je dik non oi...he3
ada plak stok kuah kacang so..aku wat gado2...
gampur bahan2 td aku suruh diorg gaduh beramai2.hahaha.


yg ni lum ltk kuah lg..

ni ready tuk dingap.

dah kenyang makan aku pun merajinkan la diri basuh baju2 aku yg berlonggok2..
ntah camne time nk masuk bilik air aku leh jatuh depan pintu bilik air tu.
terlipat kaki kiri aku ke belakang.
luka sikit kat ats kaki ni,agaknye terkene pintu kot.
sampai skrg masih sakit lg..bawa kete pg td lg la seksi kaki ni.huhu..
harap2 sok lusa ok la..jangan melarat sakit ni dah la.




22 September 2011

Teambuilding 2011

Assalamualaikum dan selamat petang semua...
minggu lps company aku ada buat teambuilding.
kali ni wat kat Malaysia je..
tanah tumpah darahku..he3
tahun2 sblm ni ada wat kt oversea..
harap2 taun depan wat la kat oversea, sj nak merasa naik flight lg.huhu..(jakunnye..)
kali ni wat kat Trolak(Felda Residence Trolak).
macam2 aktivitinye.penuh dari pagi sampai malam.
aktiviti ala2 PLKN gitu..
sampai aku yg berat ni pun leh panjat wall.
caya x? btl tau, aku xtipu..
tapi xde gambar la nk tunjuk..
malam last skali ada wat majlis sambutan aidilfitri..
ada lucky draw lg, hadiah mmg gempak2.
hp, ipod, ipad..laptop..
tp xde rezki aku..huhu
so mmg enjoy walau pun penat..


cube korang cari aku kat mane?mesti xjumpa kan?he3

katil kecik sikit..nasib baik tido xlasak.kalau x mesti jatuh katil.he3

sebelah tu bos aku tau....

1 malaysia.group aku dapat no 9 drpd 20 group yg ada.ok la kn.

ni semua opismate aku.. 

yg baju biru kedua dari kanan2 la CEO company aku..

aku sorang je melayu.saje sibuk nk gambar gak.hahaha

Spontaneous Thursday #6

hari nie GAJI dah masuk...yea............:)

15 September 2011

Anniversary Giveaway AzatieSayang.


Giveaway lagi..
pantang ada GA mestila aku nk join...
nak adiah la katakan..he3.
aku rase kali ni GA ni special sbb sempena mengambut ulang tahun perkahwinan blogger ni..

aku ucapkan "happy anniversary"..
aku doakan moga pasangn ini sentiasa bahgia dan dilimpahi rahmat Allah.
moga dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah sbg harta didunia dan akhirat kelak
amin...


Doa Naik Kenderaan

assalamualaikum semua...selamat tengahari...

Hari ni aku nak wat n3 pasal doa naik kenderaan.
 agaknye berapa ramai yang hafal doa ni ye?
hari2 kite kuar gi keje naik kenderaan, kereta, moto..bas...ada x kite ingat nak baca doa sebelum memulakan perjalanan?
doanya pendek je.
senang nak dihafal.


Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

# aku pun start hafal doa ni time ngajar tadika dulu.huhu

12 September 2011

"STRESS" Lucky Draw


assalamualaikum dan slmt tengahari semua..

kai ni aku nak try lucky draw yg cheq sue wat ni.
mane la tau aku antara yg bertuahkan...
sape nak join klik sini k.

tp name ye cheq sue wat lucky draw pasal stress ni?
jangan la stress2 cheq sue...xbaik tuk kesihatan..he3

aku pun stress kadang2..
"Bila aku stress biasanya aku diam je, taknak cakap ngan sape2 pun.pastu aku akan drive sorang2 x kira la gi mana pun.dah rase kurang stress baru la aku balik.."

10 September 2011

08 September 2011

demam..


salam dan selamat tengahari semua..
korang semua makan pe tengahari ni?
aku makan roti je..
pastu makan ubat..huhu
masuk rini dah 3 hari aku demam..
hari pertama aku biar je.
semalam dah xlarat sangat, mata dah merah, batuk pun dah teruk,hidung pun asik kuar air je..
gi la klinik jumpa doktor, amik ubat dan mc.
tp sampi rini masih xok lg..
harap2 sok aku sihat spt biasa...

06 September 2011

barang baru...


banyak x korang dapat duit raya?
hasil dari duit raya yg mak aku bg maka dapatla aku beli benda di bawah ni...
beli yg murah je...
bl yang mahal pun wat pe kan?
bukan aku nak tido kat ats ni pun.hahaha..


04 September 2011

char kuey teow


camne nak wat char kuey teow ni ye.sdap btlla...
xpuas makan.huhu

hari ini...

salam dan slmt tengahari semua...
masih lagi dalam mood raya kan.
hari ni plan asalnya nak braya 2 rumah,kat sabak bernam.tp rumah yg kedua xde org la plak..
so terus la balik..
otw balik singgah makan dulu kat restoran kuala kurau kat sg besar.
oder nasi ayam ngan air jagung cincau.
yang best kat kedai ni, diorg dah sediakan air macam2 jenis pastu diorg bawa ke meja dan kite terus pilih je air yg kite nak.
aku agak ada la dalam 10 jenis air.
nasi ayam dia mmg sedap.
adik bongsu aku sempat lg tapaw char kuew teow. char kuew teow kt kedai ni mmg best.xcaya leh cuba.



03 September 2011

Hantu Bonceng

Salam dan selamat petang semua...
korang semua buat ape ye petang2 camni?
mungkin masih ada lagi yang berhari raya.
rini aku dah xbraya..
so aktiviti aku rini ialah menonton wayang.
td aku tengok citer Hantu bonceng.
bg aku citer ni biase2 je..
ada menyentuh isu remaja skrg yg suka main bomoh.
boleh tahan la kalau stakat nak ilangkn boring..
so aku bg 3 1/2 bintang je tuk filem ni..
lain kali nk tgk Final destination lak.




02 September 2011

gaya di hari raya..

salam dan slmt petang semua..
raya2 ni xtau nak wat n3 pe...huhu
tepek gambar raya je la ye..

ni raya ke2.raya pertama x sempt gi mane pn

semua ada kcuali adik no2.sakit kpla tido dlm blik..

eh,aku sama tinngi la ngn pisang2...

nape pandang2 mama long ni zara...?pandang kamere la...

semangt merdeka raya..

posing depan rumah arwah tokwan ngn nenek

apsal aku rendah dr adi aku ni..xaci la...

ni lah akibtnye klu bercinta ngan yg jauh lbih muda.bezanya muka..hahaha tipu je..ni adik aku la..

sepupu2 aku..

time diorang nak balik

family sblh abh kat sg besar

01 September 2011