Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 August 2011

duit raya dari mak

salam semua...malam ni malam raya..mesti semua tengah sibuk didapurkan.masak rendang..masukkan kuih raya dalam bekas..
2 bagi yg dara la.teruna plak mungkin sibuk bakar lemang dan rebus ketupat kat luar rumah.
kat rumah aku ni semua dah settlekan petang td..
so malam ni leh releks sambil dengar takbir raya.
malam ni aku dah dapat duit raya..
nak tau dari sape?
dari mak aku yg tersyg..
banyak lak tu..
segan rasenye...
slalu bg mak duit xbyk pun.
tp mak bagi duit raya kat aku berganda2 banyaknye...
time kasih mak...
i love u...
mmmmuuuuaaahhh...
selamat hari raya mak, maaf zahir batin...



juadah berbuka ramadhan terakhir tahun 2011-kategori kuih


salam dan selamat petang semua..
hari ni hari terakhir kita puasa tuk tahun 2011 ni.
camne juadah berbuka, dah ready ke belum?
juadah aku dan keluarga tuk hari ni kuey teow goreng, jemput pisang(aku panggil cekodok pisang je) ngan onde2 (ni aku panggil buah melaka)
ni kuih muih, lauk pauk nnti aku tunjuk kt next n3 k..



ni mak aku ngan adik aku yg buat

cekodok pisang ni aku ngan mak aku yg wat

kuih buah melaka..ha..yg ni aku bikin sendiri k..air tangan aku.he3

"CONTEST: RAYA MERDEKA oleh LL"


selamat malam semua..
semua dah tido ke?
aku masih berjaga lagi walaupun penat yg teramat sangat kerana menyempurnakan persiapan raya.
malam2 ni tringin plak join contest.
mane tau rezki aku lg stlh mng satu contest semalam..
sape nak join leh klik kat banner atas tu ye.
kalau nak join kene wat ucapan merdeka raya.
so dengan bangganya aku mempersembahkan ucapan ikhlas dari aku.

"wahai rakan2 blogger sekalian,rakan bukan blogger,sahabat handai,keluarga tercinta dan yg paling penting kepada si encem penganjur contest ni, aku KunangKunang3017 mengucapkan selamat hari raya aidilfiri,maaf zahir batin serta selamat menyambut kemerdekaan negara kita yg ke 54.semoga kedua2nya kita raikan dengan penuh keinsafan dan kegembiraan..sekian terima kasih...:)

aku tag fizul ngan nina tau..



28 August 2011

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan


dalam kite semua sibuk membuat persiapan untuk hari raya, ada satu lagi hari yang istimewa bakal kita raikan.
tanggal 31 ogos 2011, genaplah negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan yg ke 54..
bersama2lah kite mengekalkan keamanan di bumi Malaysia tercinta ni..
Semoga Allah memberkati kita semua...
Merdeka,merdeka,merdeka...

Ucapan Raya Dariku Untuk Semua


Kepada semua aku ucapkan,
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"
maaf andai selama ini ada salah dan silap pada korang semua..
semoga lebaran kali ini membawa lebih makna tuk kita semua..
jemputla datang rumah...:)



26 August 2011

balik kampung

salam dan selamat tengahari semua..
dah luch semua?opss..masih dalam bulan ramadhan lg..he3..
hari ni hari last aku keje..
bestnye xsabar nak balik kg.
subuh 2 td mak aku dah masej tanya bila nak balik kampung.
tapi hari ni xleh balik lagi..barang2 belum kemas..
rumah pun kene gak kemaskan cikit.maklumla lama tu nak tinggalkan rumah..
rasenye aku bawa balik dua bag kot.
pastu kene bawa balik kipas.
nanti kt kg xde la berebut nak kipas.maklumla mane ada aircond..huhu
so kalau bawa balik sendiri kan senang.
sape nak pinjam kipas aku, kene bayar ok..he3..
ikan peliharaan aku (putra) pn kene bawa balik gak.
cian la kalau tinggal. dengan xmakannye. silap2 mati lak ikan kesayangan aku2..
sblm balik kg aku nak shopping cikit bukan tuk aku...tp tuk adik aku..
petang ni pas keje nak gi beli handbag dan tudung tuk dia..
tuk aku? ntahla..kalau nampak yg berkenan beli je la..
harap2 budget cukup...
kalau x, lalalala...la jawabnye...huhu..
kepada semua yang nak balik kg 2, hati2 di jalan raya ye.
biar lambat asal selamat.tp jgn la slow sgt plak..
marah org blkg nnti.he3







23 August 2011

nikmatnye berpuasa


salam dan selamat tengahari semua..
hari ni dah 23 hari kite berpuasa kan.
xlama lagi kite akan meninggalkan bulan ramadhan yang mulia ni.
sedih rasenye..
selama sebulan kite berpuasa, harap2 puasa kite diterima oleh Allah..
nanti mesti rindu nak bangun sahur...(tahun ni 1st time aku sahur sorang2.huhu)
rindu nak berbuka..(makanan time puasa ni mesti best2..he2)
rindu nak gi terawih..aku rajin ke terawih?he3
rindu nak dengar bunyi mercun yang anak2 jiran main..
bulan lain mane ada suasana camni kan melainkan bulan ramadhan je.
harap2 taun depan masih berkesempatan lagi tuk bertemu bulan ramadhan yang mulia ni.. 

22 August 2011

ketupat





biasanye hidangan yang wajib setiap kali tiba hari raya mestila ketupat kan.
kalau time raye xde ketupat, tu bukan raya namanye..btl x?
yang biasa kita jumpa ketupat daun kelapa ngan satu lagi ketupat daun palas.
nak menganyam ketupat ni pun kene ada kemahiran jg.
bukan main anyam je..karang tangan yang terbelit ngan daun tu.
nanti jd ketupat penumbuk plak.he3
aku suka ketupat palas.
dulu masa arwah nenek aku ada, dia rajin wat.
sekarang dia dah xde,xde sape yg pandai wat ketupat palas..
nak harap aku blajr anyam ketupat ni alamatnye sampai sudah la orng xdapat makan.he3..
kalau kat rumah aku ketupat ni dihidangkan dengan kari ayam dan rendang daging.
mak aku kata raya taun ni nak tambah satu lagi.
mak aku nak wat rendang kerang..
so aku rase yg akan menjadi mangsa tuk kopek kulit kerang tu mesti la aku ngan adik2 aku..huhu
tak sabarnye nak raye...huhu..

*kat rumah aku pakai ketupat segera je..kui3..

'Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea'


salam semua..
selamat tengahari..
jenguk2 blog kengkawan hari ni tertarik tuk sertai GA ni.
adiah menarik tau..
sape nak join leh klik sini.
jom sama2 kite cuba..:)

20 August 2011

pelita...







petang tadi pas anta tempahan popia yg mak wat, aku ngan adik2 gi la beli pelita..
balik je terus mintak abah masukkan minyak tanah/minyak gas kat dalam pelita2..
aku pn ngan semangat wajanya gi la pacak pelita2 tu sepanjang jalan masuk ke rumah aku..
6 batang je semuanya.
malam ni pas maghrib tadi adik aku pun gi la pasang pelita2 tu..
bukan pe saje je nak nampak meriah cikit...
oleh kerana camera aku cikai je, jadinye yg terhasil cuma gambar cam atas tu je la..huhu..


19 August 2011

aku nak semua ni...(pelahapnye...)

batang buruk

biskut arab

biskut suji

biskut makmur

popia mini

popia nestum

korang semua kene make sure kat rumah korang ada benda ni time raya nnti tau. aku suka semua jenis biskut dan popia seperti di atas.
maunye raya nanti berganda2 la naik berat badan aku ni...huhu

18 August 2011

TEKA SKOR BOLA 20 OGOS

contest by azam

jom join yg ni lak.
sape peminat setia bola sepak confirm suka contest ni..
nak join klik kat nama penganjur contest ni kat atas tu k.

tekaan sy adalah seperti dibawah:


  1. Arsenal2 - 3Liverpool
  2. Chelsea4 - 2West Bromwich A.
  3. Everton1 - 3Queens Park R.
nama pun teka, so aku bantai je la.he3..

nak masak pe ye...?

sekarang baru tengahari,aku ni dah fikir pe juadah tuk petang ni.
tekak ni rase nak makan bihun je..
nak wat bihun pe ye?
bihun goreng ke bihun sup?
bihun dah ada, ayam pun dah ada,so kene beli sayur,fish ball ngan tauhu je lagi.
apsal aku rajin plak nak masak rini ye?
buang tebiat ke atau saje nak tunjuk skill?he3..


nak masak bihun goreng cam atas ni atau bihun sup cam bawah ni ye..?


16 August 2011

emas di hari raya



salam semua...pe la aktiviti korang tengahari camni kan?
mungkin ada yang tengah layan blog..
xkurang dah yang membuta..he3..
lagi bagus mungkin ada yang beramal ibadah..

korang perasan tak biasanye kalau time nak raya mesti tv kerap kuar iklan pasal barang kemas kan.
habib, poh kong, wah chan dan emas sri pinang antara yang popular.
mesti diorang wat promosi besar2ran.
maka berduyun2 la wanita2 akan datang ke kedai emas tuk membeli barang kemas.(terkecuali la aku..he3)
nape time raya orang suka beli barang kemas ye.
cincin sampai 2 3 penuh jari, gelang sampai ke siku,rantai panjang saampai ke perut.kih3..
mungkin sifat wanita kot memang suka pakai barang kemas banyak2kan.
tapi aku memang x suka. rimas....

14 August 2011

pengalaman aku masuk hospital...

slmt tengahari semua...
pose x hari ni? ha..ada yang ponteng pose ye....jaga2...he3
dari pagi semalam sampi la tengahari ni aku berulang alik ke hospital PPUM.
bukan aku yang sakit tapi aku jaga orang sakit...
adik aku masuk wad subuh sabtu.
sebab aku dok dekat ngan hospital tu so aku la yang tolang jaga dia..
belah malam mak aku lak yang jaga.
pagi td giliran adik aku tp di bernasib baik btl sbb tengahari ni si kakak dah leh balik..x aci....he3
kat wad perempuan, lelaki xleh jaga walaupun husband sendiri..
sian adik aku muntah2 dan pening kepala, hampir nak pitam.
doktar kata badan adik aku kurang air.
maklumla sekarang kan bulan pose..
adik aku yang pregnt ni badannya xtahan..
so doktor xbagi adik aku pose.
habis la kene ganti banyak ari la jawabnye...huhu..
alhamdulillah tengahari ni dah leh kuar..
terima kasih kepada staf2 PPUM.
layanan memang memuaskan.

 sakit ke x ni?leh gelak2 lagi...he3

cam meriah je kan? mane aku ye?la..aku yg amik gambar ni..patutla xde dalam gambar.kih3

Pemenang Segmen Kad Raya Untuk Korang.Yay!!!

Senarai peserta :


1. http://bubu-bobo92.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-untuk-korang.html
2. http://chequesuechekgu.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-untuk-korang.html
3. http://aininarasidan.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-untuk-korang.html
4. http://vanillaicegirls.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-untuk-korang.html
5. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-untuk-korang.html
6. http://lieynanilaz.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-untuk-korang.html
7. http://bittersweetanyway.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-untuk-korang.html


Jom tgk sapa yang menang! :)






Tahniah kepada para pemenang! Sila emelkan nama penuh dan alamat anda ke noornazihah83@yahoo.com untuk proses pengeposan kad raya! Tahniah!!

12 August 2011

Segmen Kad Raya Untuk Korang

Segmen ini telah ditutup!


selamat tengahari semua.

kali ni aku nak wat satu segmen sempena hari raya yang bakal menjelma xlama lagi.
aku nak bagi korang kad raya..
so sape yang bertuah, dapatla kad raya dari aku..
maklumla dah lama aku x bagi kad raya kat orang..huhu
caranya senang je.

1) korang mestila follow blog aku ni.
2) wat 1 n3 bertajuk " Segmen Kad Raya Untuk Korang"
3) jangan lupa letak banner kat atas tu ye.
4) wat la cikit ucapan Selamat Hari Raya dan linkkan ke n3 ni.
5) letakkan link url n3 korang kat ruangan komen n3 ni ye.

tu saje, senang kan?

tarikh tutup adalah pada 12/08/2011 jam 11.59 pm.


selamat mencuba semua...:)


11 August 2011

kuih raya tradisional dan moden

baru masuk 11 hari kite berpuasa aku dh sibuk wat n3 pasal kuih raya.
jangan marah ye semua..
biasa la kalau citer pasal bab raya ni biasanye yang penting baju raya ngan kuih raya kan?
macam2 kuih raya yang ada sekarang ni.
pilih je nak mana satu,janji ada duit..
tu bagi orang yang xberkesempatan tuk wat sendiri la..dan yang xberkebolehan membuat kuih raya cam aku ni..jawabnye kene beli je la..he3.
bagi yang rajin, confirm diorang akan wat sendiri.
kalau yang bekerja mesti siap amik cuti 2 3 ari tuk buat kuih raya.
kalau aku yang buat alamatnye leh baling kedinding la kuih tu.he3.
kalau dulu2 mungkin xbanyak jenis kuih raya ni.
sekarang macam2 ada.
dulu ada kuih bahulu..dodol..kuih loyang..putu..
sekarang jarang  dah aku tengok kuih2 tradisional ni.
yang popular sekarang almond london..(nape xwt almond m'sia ye?), cornflakes, tart,coklat chip..
macam2 lagi lah.
aku suka tart..korang plak camne?
kuih pe yang korang suka ye?


bahulu

kuih loyang/goyang

kuih putu

dodol

almond london

tart nenas

coklat chip


cornflakes


semperit